Aku yakin sekarang ni dah ramai yang faham istilah dropship
dan menjadi ejen-ejen dropship bagi mana-mana produk di internet. Apa yang
ingin aku luahkan di sini berupa luahan dan pendapat peribadi aku tentang
menjadi ejen dropship. Diharap setelah membaca
kalian tidak akan mengecam aku dan aku mohon maaf sebelumnya.
Dalam blog ku ini, ada yang aku promosikan sebagai affiliate
dan ada juga sebagai dropship. Aku kira orang di luar sana pun tidak bodoh
untuk berfikir bahawa baju-baju yang ada di blog ku ini adalah milik ku.
Mungkin sudah ramai yang berjaya sebagai ejen dropship namun setelah membuat
research berminggu di search engine, aku dapati banyak blog-blog yang
mempromosikan barangan secara dropship telah menjadi statik. Ada yang sudah
outdated sejak beberapa tahun lalu.
Aku mula terfikir apakah ada keberkatannya aku menjadi ejen
dropship? Kononnya mahu pelanggan berfikir bahawa aku lah yang menghantar order
kepada pelanggan, sedangkan hakikatnya aku hanya sebagai ejen untuk mempromosi
produk-produk dari dropshippers. Di sini aku merasa seperti telah berbohong
kepada pelanggan. Oleh kerana sudah tersebar dengan luasnya cara-cara bisnes
dropship ini dilakukan, maka pengguna 2 internet sudah tentunya
lebih arif untuk meminggirkan aku
sebagai ejen dropship dan pergi terus ke website yang menjual produk yang aku
promosikan.
Ada di antara dropshipper pula meletakkan syarat pembayaran
kononnya untuk menunjukkan yang kita ni betul-betul berminat untuk menjadi ejen
dropship. Dan ada pula yang memberi syarat
mesti menjual at least one per month. We’re
talking about cyber shopping here and customers don’t just walk in to look
around and browse through the store. Dah
lah kita bayar untuk jadi ejen, kemudian kita diugut pulak untuk ditutup akaun
seandainya tiada penjualan dalam masa sebulan.
Ada salah satu produk dropshipper ku yang terdapat dengan
begitu banyak di pasar seperti Kipmart dan kedai-kedai biasa. Setelah aku
teliti, mutu produk dari segi tekstil dan hasil kerja amatlah inferior dari
segi kualiti. Aku merasa sungguh kecewa dengan diriku kerana mempromosikan
barangan yang tidak berkualiti. Tapi produk itu aku promosikan di dalam blog
yang lain. Setelah melihat hasil dari market survey, aku bertekad untuk tidak lagi mempromosikan produk tersebut.
Alhamdulillah pihak Moonabaya tidak pernah meletakkan syarat
seperti yang disebutkan diatas, malah sewaktu aku menyertai program dropship
ianya adalah percuma. Berbanding menjadi ejen affiliate, aku berpendapat ianya
lebih telus dan lebih mudah untuk menjana pendapatan. Aku rasa secara peribadi,
adalah lebih baik program dropship ditukarkan sahaja kepada program affiliate
untuk mengelakkan kekeliruan.
Dan setelah keluarnya artikel ini, aku akan berhenti dari
mempromosikan lagi produk-produk dropshipper. Aku minta maaf kepada
dropshippers yang terlibat, namun inilah hakikatnya dan silap ku kerana tidak
terlebih dahulu berfikir dan membuat homework yang cukup. Kepada dropship ejen
di luar sana, jangan lah marah dengan pandangan ku ini kerana aku tidak ada
melibatkan sesiapa melainkan diri ku yang kerdil ini.