Sweet Muslimah

SweetMuslimah.com
Ad

Friday, 5 December 2014

Aku Sang Ejen … Ejen Dropship

Aku yakin sekarang ni dah ramai yang faham istilah dropship dan menjadi ejen-ejen dropship bagi mana-mana produk di internet. Apa yang ingin aku luahkan di sini berupa luahan dan pendapat peribadi aku tentang menjadi ejen dropship. Diharap setelah membaca  kalian tidak akan mengecam aku dan aku mohon maaf sebelumnya.

Dalam blog ku ini, ada yang aku promosikan sebagai affiliate dan ada juga sebagai dropship. Aku kira orang di luar sana pun tidak bodoh untuk berfikir bahawa baju-baju yang ada di blog ku ini adalah milik ku. Mungkin sudah ramai yang berjaya sebagai ejen dropship namun setelah membuat research berminggu di search engine, aku dapati banyak blog-blog yang mempromosikan barangan secara dropship telah menjadi statik. Ada yang sudah outdated sejak beberapa tahun lalu.

Aku mula terfikir apakah ada keberkatannya aku menjadi ejen dropship? Kononnya mahu pelanggan berfikir bahawa aku lah yang menghantar order kepada pelanggan, sedangkan hakikatnya aku hanya sebagai ejen untuk mempromosi produk-produk dari dropshippers. Di sini aku merasa seperti telah berbohong kepada pelanggan. Oleh kerana sudah tersebar dengan luasnya cara-cara bisnes dropship ini dilakukan, maka pengguna 2 internet  sudah tentunya  lebih arif untuk meminggirkan  aku sebagai ejen dropship dan pergi terus ke website yang menjual produk yang aku promosikan.

Ada di antara dropshipper pula meletakkan syarat pembayaran kononnya untuk menunjukkan yang kita ni betul-betul berminat untuk menjadi ejen dropship.  Dan ada pula yang memberi syarat mesti menjual at least one per month.  We’re talking about cyber shopping here and customers don’t just walk in to look around and browse through the store.  Dah lah kita bayar untuk jadi ejen, kemudian kita diugut pulak untuk ditutup akaun seandainya tiada penjualan dalam masa sebulan.

Ada salah satu produk dropshipper ku yang terdapat dengan begitu banyak di pasar seperti Kipmart dan kedai-kedai biasa. Setelah aku teliti, mutu produk dari segi tekstil dan hasil kerja amatlah inferior dari segi kualiti. Aku merasa sungguh kecewa dengan diriku kerana mempromosikan barangan yang tidak berkualiti. Tapi produk itu aku promosikan di dalam blog yang lain. Setelah melihat hasil dari market survey, aku bertekad untuk tidak lagi mempromosikan produk tersebut.

Alhamdulillah pihak Moonabaya tidak pernah meletakkan syarat seperti yang disebutkan diatas, malah sewaktu aku menyertai program dropship ianya adalah percuma. Berbanding menjadi ejen affiliate, aku berpendapat ianya lebih telus dan lebih mudah untuk menjana pendapatan. Aku rasa secara peribadi, adalah lebih baik program dropship ditukarkan sahaja kepada program affiliate untuk mengelakkan kekeliruan.

Dan setelah keluarnya artikel ini, aku akan berhenti dari mempromosikan lagi produk-produk dropshipper. Aku minta maaf kepada dropshippers yang terlibat, namun inilah hakikatnya dan silap ku kerana tidak terlebih dahulu berfikir dan membuat homework yang cukup. Kepada dropship ejen di luar sana, jangan lah marah dengan pandangan ku ini kerana aku tidak ada melibatkan sesiapa melainkan diri ku yang kerdil ini.



No comments:

Post a Comment